16 Februari 2016

Tepat jam 12 malam. Ceritera hatiku bermula.

Malamku tidak produktif sama sekali sampai terdetik hati ingin menulis. Sudah waktu tidurku tetapi boleh dikata satu kerja tidak berusik dek kerana perkara yang sia-sia.

Bagaimana mahu menggelar diri sebagai dai’e jika masa sendiri masih sukar dijaga? Azamnya untuk melihat berapa hari diri boleh konsisten dalam menulis, dan harapan agar ini boleh menjadi satu wasilah untuk diri menjauh setiap unsur lagha yang mengganggu produktiviti.

Wahai diri, malu semalunya andai urusan masa pun masih tidak boleh dijaga. Usah berangan lagi!