Mixed feelings

These unexplainable feelings wander around me. Almost feel like my heart is going to explode at any second.

My best friend just told me to write everything into a journal which is not what I normally do obviously. Hey me, calm down. Believe in Allah and His plan.

88 days to go.

Advertisements

Apalah guna

Bila kau dihimpap masalah, baru kau cari Allah. Kau tahu solusi, tapi masih menyepi bagai diikat bertali-tali. Lemah.

Lawanlah, lawanlah. Kau perlu mujahadah walau susah walau payah! Seorang muslim harus teratur setiap sisinya. Hatta perkara kecil sekalipun.

Ya Allah bantu aku, berikan aku kekuatan.

 

 

Bicara

Ku kira hati ku ber’taman’, walau henyak tak menjerit, singgul tak menjeling. Tapi kau lihat apabila bicara, bila ikhlas terpantul segala ekspresi, terpacul setiap cerita. Bagai burung bebas menari di udara, laut menghempas pantai. Kadang ‘awal’ nya tak jumpa, ‘akhir’ nya seakan tiada.

Benar, tanda Allah masih mahu kau berada di sini. Apa lagi kau pinta.

Benar, bangkit semula, sujud syukur hingga kau hilang bilang kira.

Sedang hanyut dibuai angan

Aku tidak berangan, seakan Mat Jenin. Namun aku sedang hanyut dibuai angan.

Jika kau berjalan seiring perlunya hidup. Pijak rasa pijak, tapi hati kuncup tak mekar. Aku bercerita tentang aku. Kalau mana sebelum lelap, kau akan sejenak berfikir indah untuk melenakan diri. Seakan kau bungkus tepi realiti, kerna rehat dan santai terlalu lama. Hingga enjin karat tak berbunyi. Amal kemana, akal semata.

Wahai diri bangkit sebelum sesal. Nanti bila hampir tamat baru kau rasa sesak, lalu terdesak konon meronta yang kau hanya ada Dia. Terhegeh meminta kuat dan bantuan. Hina. Apabila bertuhankan nafsu, kau tahu kau sedar. Tapi tubuh seakan buat tak tahu. Orang lemah yang gagal memilik diri sendiri, tak mampu mengawal segala sendi.

Muhasabah lah dai’e.

Sindrom dan simptom

Kau terlalu selesa. Terlalu banyak berangan-angan. Tidak berpijak di bumi nyata.

Hitam.

Jadi.. Segeralah!

Bangkitlah walau rebah,
Bangunlah dari lamunan,
Angkatlah tubuhmu angkat tanganmu,
Mulalah walau payah,
Masuklah ke realiti,
untuk nyatakan anganmu,
Jangan kau hanyut dengan mimpi.

Memintalah pada Allah, pintalah dan terus meminta.
Bangkitlah melawan!

Hati yang belum pulih sepenuhnya

Ku kira hati ini masih banyak persen yang berdaki. Kotoran yang dibersihkan tidak bersungguh, hanya ala kadar dicuci walaupun secara berkala.

Kerana akhirnya aku sendiri tahu, diluar orang hanya melihat kasar. Bila jari ini malas menulis sesuatu yang ‘basah’. Hanya berkisar untuk improvasi diri di atas dunia. Itu lah tanda.

Wallahu’alam.

Perempuan yang penuh dengan perasaan…

Perempuan yang penuh dengan perasaan dan emosi..

Hati penuh cinta.
Berfikir dengan hati, akal seolah-olah watak sampingan.

Bahaya kah?

Hati terlampau penuh dengan perasaan.
Air mata mudah saja mengalir, bukan kerana lemah.
Kerana emosi, syukur, gembira, sedih, suka, terharu, kecewa..

Mungkin benar.
Hatinya lembut,
Bagai taman indah,
disiram subur,
berbunga mekar,
berwarna-warni,
penuh cinta, kasih, sayang,
di bawah mentari yang senyum bersinar.

Allah, peliharakan lah…