Aku ni apa?

Pagi tadi terfikir – kalau ada anak kecil, aku nak tanya kita ni apa? Dan akan ku beri jawapan pada dia yang comel, “Hamba Allah”.

Kerana dari dulu mindset yang “aku ni manusia je, orang biasa”. Upgrade sikit, aku ni pelajar cemerlang, anak yang baik, seorang positif. Ini semua tampaknya tak salah dan bagus, tapi jikalau lah core nya sudah tetap. Bayangkan suatu carta organisasi dan yang paling atas atau ‘kepala’nya adalah “Hamba Allah”. Pasti apabila aku futur, aku kembali kepada yang asal/pangkalnya iaitu hamba Allah yang seratus peratus pergantungannya hanya pada yang Esa dan  yang merasa dilantik sejak lahir bekerja (melakukan semuanya) untuk Pemiliknya.

Aku sedar ini apabila akal kadang terfikir “Aku manusia biasa..lemah..yang sifatnya sering lalai dan lupa. Ikut sahaja dan biarkan berlalu masa dengan aturan Allah ini..” Ya, memang betul. Tapi asas nya kerna – aku cop aku ini ‘manusia biasa’.

Hamba Allah tidak terus menangis jika gagal di dunia, hamba Allah tidak putus asa atau longlai jika dihenyak dadanya dengan pelbagai dugaan. Terus berusaha walau apa yang berlaku. Hamba Allah tidak patah semangat -kerana matlamatnya hanya untuk Allah yang satu.

Kerana hamba Allah, hanya bekerja (menjadi Khalifah di bumi) untuk mendapat redha Allah demi mengejar kejayaan akhirat.

Talbis syaitan, menggunakan ilmu yang kita ada untuk memanipulasi akal dan mempengaruhi hati. Sungguh licik.

Berdoalah, jangan lelah. Jangan sekali kau mengalah dalam jalan ini.

Al-Zukhruf, 43: ayat 58

Dan mereka berkata, “Manakah yang lebih baik, tuhan-tuhan kami atau dia (Isa)?” Mereka tidak memberikan (perumpamaan itu) kepadamu melainkan dengan maksud membantah sahaja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar.

(43:58)

Tertarik dengan penjelasan di bahagian bawah tafsir ini. Ayat 57 dan 58 Surah Al-Zukhruf ini menceritakan kejadian sewaktu Rasulullah membacakan di hapadan orang-orang Quraisy ayat;

“Sesungguhnya kamu dan yang kamu sembah selain Allah adalah kayu bakar jahanam.” (Al-Anbiya’, 21: 98)

Seorang Quraisy, Abdullah bin Az-Zab’ari bertanya kepada Rasulullah, adakah Isa yang menjadi sembahan Nasrani juga akan turut dibakar? Rasulullah terdiam dan mereka mentertawakannya – lalu bertanya lagi yang mana lebih baik, Nabi Isa atau sembahan-sembahan mereka tersebut.

Jadi, Allah menekankan dalam ayat 58 (surah Al-Zukhruf) ini, yang pertanyaan mereka hanyalah untuk mencari perbantahan sahaja. Bukanlah untuk mencari kebenaran. Sinis dan bijak cara mereka menentang, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menentang dakwah Islam. Benarlah hidayah itu hanya milik yang Maha Memiliki langit dan bumi. Mohon tidak tergolong dalam golongan yang Allah tutup rapat pintu hatinya, dan syukur kerana masih ada sekelumit cahaya ihsan daripadaMu ya Rahim.

Nabi Isa a.s. tidak mengetahui bahawa dia disembah, dan tidak redha dijadikan sembahan.

Radio

Baru-baru ini bising di laman sosial berkenaan segmen ‘prank’ call di radio tempatan kita. Suatu pihak kata itu, pihak lain kata ini. Saya tidak menyebelah mana-mana pihak, tapi inilah realiti kita rakyat Malaysia atau khususnya, masyarakat Muslim di Malaysia. Ini salah itu salah, kita sibuk mencari ‘asas’ mana yang benar.

Semua dihukum dengan logik akal, kerana itu akan tetap buntu tidak ketemu jalan keluar. Kembalilah pada yang Maha Benar. Mereka yang berfikir tentu mendapat jawapan bagi simpang-siur yang akhirnya tidak menguntungkan sesiapa ini.

Bila timbul isu-isu sebegini, saya mula terfikir.

“Buat ni (i.e. dengar radio) kerana Allah ke?” -solusi mudah bagi salah faham kecil yang impaknya mampu menghancur ummah akhir zaman.

 

Jangan biar musuh kita tersenyum sinis melihat kita diperbodohkan. 

Cikgu

Tiba-tiba rasa nak jadi cikgu pula. Cikgu tadika kah?

Sudden thought came into mind.

Hapuskan segala gundah yang buat dirimu resah. Sampai saat itu menjengah kau harus gerakkan tenaga agar tidak sia-sia. Sekali lagi, manusia dengan alasannya..  

-Manusia.

Manusia oh manusia.

Manusia oh manusia. Lemah sungguh. Sering lupa, lalai dan alpa.

Aku tanya pada diri, “Kenapa aku? Kenapa lemah sekali? Kenapa aku begini?” -aku jawab, mungkin kerna aku manusia.

Kau harus bilang pada si aku, SALAH!

Kerna aku manusialah, aku hebat. Aku istimewa. Makhluk sebaik-baik ciptaanNya, yang paling Allah kasihi -banyak lebihnya daripada yang lain. Yang sentiasa diberi perhatian, yang setiap saat dan detik dalam pengawasan.

Marahlah aku! Kerna lupa akan itu…

 

Yang terluah di bibir tidak mampu dikejar oleh jari-jemari menulis.  -Aku.

Bagaimana?

Bagaimana mahu menjadi 3 orang figure ini? – yang bila aku lihat semula recording atau footage lepas, seakan ada suatu aura yang membuatkan semua rasa hormat.

Yang aku rasakan penyampaian akan lebih mudah sampai ke hati-hati yang tidak terkunci malah mungkin juga mampu menggoncang yang degil, penuh rantai dan mangga.

Hebat.

Terima kasih kerana menghidupkan kembali minda dan jiwa yang telah beberapa hari mati. Dengan membuatkanku berfikir semula.

Esok, hari pertama peperiksaan akhir untuk tahun ini. Moga Engkau bantu dan cekalkan hati yang comot ini, padamkanlah agar cahaya menembusi. Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Tulip merah

Carianku malam sebelumnya, ‘kenapa asyik menguap?’.

Esok petang mahu mengambil angin di park, oh naik basikal lah. Boleh exercise sikit. Memandangkan sudah lama tidak melakukan aktiviti dan tak keluar melihat dunia, kononnya.

Mission accomplished, alhamdulillah dapat mencuci mata melihat bungaan dan spend time dengan Sang Pencipta. Sedikit tenang dan segar kerana sedar diri ini sudah lama tidak duduk sejenak menikmati alam – hanya sibuk dengan dunia.

Mekar bunga tulip merah,
Menyegar mata yang tampak lelah,
Patuh sang bunga menyebar cantiknya,
Patuhkah kita pada Sang Pencipta?

-Kakak, 2 May (Spring 2016).