Nikmat sihat

Betapa besarnya nikmat sihat.
Hinggakan nikmat yang lain tidak dapat dirasa apabila nikmat sihat itu hilang.

KAISER 2016 mentarbiyah diriku banyak perkara. Satu lagi bukti betapa indahnya jalan ini.

Indahnya itu, sehinggakan hanya satu mesej taujihat daripada seorang murabbi boleh membuat hati penuh rasa cinta kepadaNya.

Indahnya itu, apabila aku melihat qudwah seorang murabbi kepada mutarabbinya pada malam hari. Seharian penat didapur, tapi tetap melihat keadaan seorang demi seorang anak buahnya yang sedang menidurkan anak-anak kecil mereka. Tidak hairanlah setiap mereka menjadi qudwah yang hebat kepada yang masih baru mengorak langkah seperti aku.

Indahnya itu, apabila dengan sekadar ucapan ringkas di dalam meeting, boleh membuat diri terkesan dan memberi inspirasi untuk terus berjuang walau rebah berkali-kali.

Indahnya itu, walau dengan sekadar nyanyian lagu semangat yang selalu didengar , tapi sungguh lain kesan nya pada hari aku menyanyikan waktu itu, kerana pantas bermain di mata ini wajah anak-anak buahku. Ya. Bukanlah mengejar pangkat dan harta, bukan mencari wang dan kekayaan. IAllah.

Begitu kecil dan sedikit sekali jika mahu dibanding usahaku, dan setakat sakit yang sedikit ini dengan hasilnya nanti. Ya, untuk ladang akhirat nanti. Allahu begitu lama aku lupa tentang “ladang akhirat” yang sering menjadi kata semangat buatku dahulu. Ungkapan yang disemat dan aku bawa pulang sewaktu KAISER ku yang pertama, subhanallah cantik aturan Allah.

Terus berdoa agar lembut hati mereka dan tetapkan hatiku untuk beramal keranaMu.