Weekend terisi.

Teringat kata seorang ukhti, “Terisi kan weekend kita?” *senyum*

Hati tak sudah nasihat diri supaya syukur, syukur dan syukur. Betul manis itu subjektif. Jadi 2 sudu gula pun dah cukup kali ni untuk diri rasa happy.

Sungguh, betul kata orang “Jauh perjalanan luas pandangan”. Pelbagai (banyak!) tarbiyah diisi sepanjang perjalanan lebih kurang 3 hari. Terus hati berbisik, okay, azam minggu ni – pergiat amal level berganda!

Isnin, “Hm ujian baru pula minggu ini nampaknya”. Jangan mudah mengalah, teruskan berlawan wahai hati.

 

لَا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا , Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah:286)

 

 

16 Februari 2016

Tepat jam 12 malam. Ceritera hatiku bermula.

Malamku tidak produktif sama sekali sampai terdetik hati ingin menulis. Sudah waktu tidurku tetapi boleh dikata satu kerja tidak berusik dek kerana perkara yang sia-sia.

Bagaimana mahu menggelar diri sebagai dai’e jika masa sendiri masih sukar dijaga? Azamnya untuk melihat berapa hari diri boleh konsisten dalam menulis, dan harapan agar ini boleh menjadi satu wasilah untuk diri menjauh setiap unsur lagha yang mengganggu produktiviti.

Wahai diri, malu semalunya andai urusan masa pun masih tidak boleh dijaga. Usah berangan lagi!