Impian

Adakah salah berangan-angan?

Adakah salah punya keinginan?

Adakah salah memikirkan hal yang lain?

Tak salah berangan kan..

Tak salah bercita-cita, menanam azam dan impian.

Dan akhirnya, adakah aku sebenarnya hanya ingin menggembirakan dan memuaskan hati sendiri?

 

Usamah bin Zaid

Usamah bin Zaid

*********
.
Tahun ke-7 sebelum hijrah ketika Rasulullah dan para sahabat sangat menderita kerana penyiksaan Quraisy. Ada seorang yang membawa khabar gembira kepadanya bahawa Ummu Aiman telah melahirkan seorang putera. Maka merebaklah kebahagiaan pada wajah Rasulullah Saw.

Kaum muslimin memberi gelaran pada anak tersebut, Al Hibb wa Ibnul Hibb (Orang yang disayangi dan anak dari orang yang disayangi). Begitu cintanya Rasulullah terhadap Usamah, hinggakan dikisahkan; baginda menggendong Usamah dan menaruhnya di salah satu pahanya, dan baginda juga menggendong Al Hasan dan menaruhnya pada paha satunya lagi (tidak membeza-bezakan dengan cucunya). Kemudian Rasul mengangkat mereka berdua ke arah dadanya dan berdo’a: “Ya Allah, aku mencintai mereka berdua maka cintailah mereka berdua oleh Mu!”
.
Ketika perang Uhud, Usamah tidak dibenarkan ikut kerana tidak cukup umur. Deras air matanya jatuh saat pulang ke rumah.
.
Apabila berumur 15 tahun, saat Rasulullah memilih mereka yang akan menyertai perang Khandaq. Usamah menjengket kakinya supaya kelihatan tinggi dan akhirnya Rasulullah membenarkannya ikut serta.
.
Usamah terus bersemangat menyertai perang Hunain dan selepas itu Perang Mut’ah. Ketika ini, beliau baru berumur 18 tahun dan berjuang di bawah komando ayahnya Zaid bin Haritsah. Usamah melihat
dengan mata kepalanya sendiri bagaimana ayahnya tewas. Beliau tidak lemas dibuatnya dan tidak gentar lalu meneruskan jihad menentang musuh.
.
Usamah bin Zaid hidupmenjadi orang yang dihormati dan
dicintai oleh kaum muslimin. Itu disebabkan kerana ia menepati janjinya
kepada Rasulullah Saw dan senantiasa menghormati beliau.
Umar Al Faruq bahkan memberikan gaji kepada Usamah melebihi apa
yang ia berikan kepada anaknya Abdullah bin Umar. Maka Abdullah berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, Engkau memberikan gaji kepada
Usamah 4000 sedangkan engkau memberikan aku hanya 3000. Padahal
ayahnya tidak lebih utama dari dirimu, dan ia juga tidak lebih mulia
daripadaku.”
.
Umar Al Faruq berkata: “Engkau keliru… Ayahnya lebih dicintai oleh
Rasul daripada ayahmu. Dan ia lebih dicintai Rasul dari dirimu!”

Maka Abdullah bin Umar rela menerima pemberian gaji yang diberikan
untuknya. Dan Umar bin Khattab setiap kali ia berjumpa dengan Usamah
bin Zaid akan berkata: “Selamat datang, Amirku!” Jika ada orang yang
merasa aneh dengan tingkah Umar ini, ia akan berkata kepada orang itu:
“Rasul Saw telah menjadikan dia sebagai amirku!”

Cinta dan doa.

‪#‎1day1sahabat‬
‪#‎projekusrahMawaddah‬

An Nu’man bin Muqarrin Al Muzani

An Nu’man bin Muqarrin Al Muzani

*********
.
“Wahai kaumku, tidak ada yang kita ketahui tentang Muhammad
kecuali kebaikan saja. Tiada yang kita dengarkan tentangnya selain kasih
sayang, kebaikan dan keadilan. Mengapa kita masih berleha-leha, sedang
banyak manusia yang bersegera untuk menjumpainya?!”

Nu’man memimpin kaumnya dari suku Muzainah untuk bertemu Rasulullah dan memeluk agama Allah. Mereka mengorbankan harta mereka yang tersisa untuk diinfaqkan. Kota Yatsrib menjadi gempar dari ujung kota ke ujung lainnya karena merasa bahagia dengan Islamnya An Nu’man bin Muqarrin dan para sahabatnya.

Allah pun menerima pemberian Nu’man dan menurunkan sebuah
ayat, At-Taubah,9 : 99.
.
Merupakan seorang yang taat setia berjuang demi Islam bersama Rasulullah SAW sehingga lah zaman khalifah Umar. Nu’man dipilih untuk menjadi panglima dalam perang melawani bangsa asing di kota Nahawand. Beliau seorang yang pantas berfikir dan hebat dengan taktik perangnya.
.
Begitu kemenangan besar telah diraih oleh pihak muslimin yang mereka namakan dengan ‘Penaklukan Terbesar.’ Maka para tentara kaum muslimin menanyakan panglima mereka yang gagah berani, Nu’man bin Muqarrin.

Maka saudara Nu’man mengangkat selendang yang menutupi jasadnya
seraya berkata: “Inilah panglima kalian. Allah telah membuat hatinya tenang dengan penaklukan ini, dan menutup usianya dengan syahadah.


Hebatnya tentera muslimin, tidak merasa lemah akan kematian Nu’man panglima mereka yang sentiasa dijadikan tunjang. Kerana iman yang teguh dan faham akan tujuan utama mereka berperang untuk menegakkan agama Islam.
.
Jika dulu kita hidup kerana ingin hidup, sekarang hiduplah kerana kita ingin mati.

‪#‎1day1sahabat‬
‪#‎projekusrahMawaddah‬

Majza’ah bin Tsaur al Sadusy

Majza’ah bin Tsaur al Sadusy (Pejuang berani yang mampu membunuh seratus orang musyrikin dalam medan laga)

*********

.
Khalifah Umar memerintahkan wali/gabenor Kufah yang bernama Abu Musa Al Asy’ari, mengejar Hurmuzan (panglima perang pasukan Persia) dan membebaskan kota Tustar yang menjadi jantung negeri raja Kisra. Dalam surat Khalifah dinyatakan bahawa Abu Musa harus ditemani oleh seorang penunggang kuda gagah berani, Majza’ah bin Tsaur Al Sadusy.

.
Majza’ah bin Tsaur mengejutkan semua yang melihat apabila mampu membunuh 100 orang pejuang berkuda dalam duel antara pasukan berkuda pada setiap awal peperangan. Hal ini menggentarkan pasukan Persia dan menyebabkan pasukan muslimin semakin teguh.

.
Saat muslimin berjaya menembusi pagar di atas parit, pasukan Persia menghujani pasukan muslimin dengan anak panah dari ketinggian menara-menara dan melemparkan rantai-rantai besi dari atas tembok. Di ujung setiap rantai terdapat penjepit yang begitu panas. Kondisi pasukan muslimin amat sulit dan parah, hampir saja Abu Musa berputus asa.

.
Lantas Allah memberi pertolongan, seorang musyrikin yang tertarik dengan kejujuran umat Islam ingin menunjukkan jalan rahsia (saluran air) menuju kedalam kota. “Kirimkan seorang dari
kaummu yang cerdas dan pemberani, juga pandai berenang!” – Majza’ah menawarkan diri dengan berani. Majza’ah seorang yang taat kerana tidak terus membunuh Hurmuzan, atas wasiat Abu Musa.

.
300 orang pemberani pergi menyerang melalui jalan rahsia, namun saluran air tersebu mengorbankan 220 orang dari pasukannya hanya 80 orang yang tinggal bersama Majza’ah. Peperangan berlangsung dengan sengitnya antara Majza’ah bin Tsaur dan Hurmuzan. Namun akhirnya pedang Majza’ah tersasar dan Hurmuzan berjaya menyungkurkan patriot muslim yang gagah berani tersebut.

.
Allah memberi kemenangan kepada kaum muslimin dan mereka balik ke Madinah membawa Hurmuzan sebagai tawanan, juga membawa kabar duka yang mendalam kepada khalifah tentang pejuang mereka yang gagah berani, Majza’ah bin Tsaur.

Biar tak nampak di mata manusia, tetapi pujuk lah diri kita supaya mengejar tempat special di sisi Allah. Jika ditanya berapa ramai yang mengenal nama Majza’ah bin Tsaur, mungkin tidak ramai tahu kisah hebatnya. Namun susuk inilah yang juga menyumbang pada Islam yang kita lihat hari ini.

Sama seperti amal kita sekarang yang dianggap cebisan, contohnya RM1 yang kita infaq ke dalam tabung anak yatim – wang digunakan untuk membina sekolah – 20 tahun yang akan datang, meskipun hilang trace akan wang tersebut namun yakinlah, ia akan menjadi saham kita untuk dibawa menghadap Allah. Jom kumpul saham akhirat 🙂

‪#‎1day1sahabat‬
‪#‎projekusrahMawaddah‬

Aku ni apa?

Pagi tadi terfikir – kalau ada anak kecil, aku nak tanya kita ni apa? Dan akan ku beri jawapan pada dia yang comel, “Hamba Allah”.

Kerana dari dulu mindset yang “aku ni manusia je, orang biasa”. Upgrade sikit, aku ni pelajar cemerlang, anak yang baik, seorang positif. Ini semua tampaknya tak salah dan bagus, tapi jikalau lah core nya sudah tetap. Bayangkan suatu carta organisasi dan yang paling atas atau ‘kepala’nya adalah “Hamba Allah”. Pasti apabila aku futur, aku kembali kepada yang asal/pangkalnya iaitu hamba Allah yang seratus peratus pergantungannya hanya pada yang Esa dan  yang merasa dilantik sejak lahir bekerja (melakukan semuanya) untuk Pemiliknya.

Aku sedar ini apabila akal kadang terfikir “Aku manusia biasa..lemah..yang sifatnya sering lalai dan lupa. Ikut sahaja dan biarkan berlalu masa dengan aturan Allah ini..” Ya, memang betul. Tapi asas nya kerna – aku cop aku ini ‘manusia biasa’.

Hamba Allah tidak terus menangis jika gagal di dunia, hamba Allah tidak putus asa atau longlai jika dihenyak dadanya dengan pelbagai dugaan. Terus berusaha walau apa yang berlaku. Hamba Allah tidak patah semangat -kerana matlamatnya hanya untuk Allah yang satu.

Kerana hamba Allah, hanya bekerja (menjadi Khalifah di bumi) untuk mendapat redha Allah demi mengejar kejayaan akhirat.

Talbis syaitan, menggunakan ilmu yang kita ada untuk memanipulasi akal dan mempengaruhi hati. Sungguh licik.

Berdoalah, jangan lelah. Jangan sekali kau mengalah dalam jalan ini.